Cikgukimia

Mendapat pendidikan rendah di SRK Sri Subang Jaya dan SR SS19, Subang Jaya dan  pendidikan menengah di SMK Subang Utama, Subang Jaya. Diberi peluang melanjutkan pelajaran dalam Matrikulasi Sains Hayat UPM di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya, Kota Samarahan, Sarawak dan kemudian meneruskan pengajian di UPM Serdang dalam kursus Bac. Sc. (Hons) Kimia Petroleum. Oleh kerana minat dalam bidang pendidikan, saya meneruskan pengajian untuk mendapatkan diploma dalam pendidikan yang juga untuk pengkhususan kimia. 
 
Selesai pengajian,saya berkhidmat di Kolej Matrikulasi Labuan, W.P. Labuan sebagai pensyarah kimia. Setelah 6 tahun mencurah bakti di tempat orang, saya kembali ke negeri kelahiran saya pada tahun 2008. Cikgukimia kini bertugas di SMK Meru, Klang, Selangor. SMK Meru merupakan sebuah sekolah yang agak besar (pelajar seramai 3500 orang) yang terletak  di pekan Meru, pinggir bandar Klang.

Segala pengalaman pahit manis saya mengajar iaitu sepanjang 10 tahun berkhidmat di bidang pendidikan memberikan saya semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Semoga saya terus diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala tugas yang diberikan.

No comments:

Post a Comment