Tuesday 24 April 2012

Arrgghhhh....tolong saya!

Kalau nak digambarkan keadaan saya sekarang ni...mungkin macam ni kot...





Saturday 21 April 2012

Minggu ke-9 di UPSI

Alhamdulillah...berada di minggu ke-9 untuk semester 1 di UPSI ni. 

Tugasan-tugasan untuk kelas ICT semakin banyak dan dateline dah makin dekat. Aduhai,blog ni pun tak siap lagi. Banyak lagi bahan yang nak dimasukkan dalam ni..saya amat berharap e-portfolio ni nanti boleh digunakan untuk rujukan pelajar-pelajar kimia saya.
 
Sesungguhnya kelas ICT banyak memberikan saya pendedahan kegunaan ICT dalam p&p yang selama ini mungkin saya kurang sedar dan kurang menggunakan kemudahan yang ada dalam ICT khususnya internet sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.Saya juga telah  mula memberikan pendedahan kepada pelajar saya tentang bagaimana ICT dapat membantu mereka dan saya membimbing mereka mencari maklumat dan bahan melalui sumber yang ada.

Langkah yang saya ambil untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu langkah yang paling bernas saya buat kerana ia dapat memberikan saya peluang untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan semoga ia dapat meningkatkan lagi tahap kerjaya saya dalam profesion keguruan ini...amin.

Bab 1 : PENGENALAN KEPADA KIMIA

I) Memahami kimia
      - Asal usul dan definisi kimia.
      - Kepentingan - Industri kimia di Malaysia dan bidang kerjaya berkaitan kimia.
      - Kegunaan kimia dalam kehidupan seharia kita.

II) Sikap dan nilai-nilai saintifik

III) Kaedah saintifik
 - Suatu pendekatan sistematik oleh ahli sains untuk membuat suatu kajian:
  1) Membuat pemerhatian 
      >Memerhati perubahan suatu situasi.
  2) Membuat inferens 
       >Membuat suatu pernyataan yang mungkin benar@salah berdasar pemerhatian.
  3) Mengenalpasti masalah 
       >Persoalan yang timbul. 
  4) Membuat hipotesis
       > Pernyataan umum yang difikirkan benar dan perlu disahkan melalui eksperimen.
       > Hubungkait antara pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.
  5) Mengenalpasti pembolehubah.
       > Pembolehubah dimanipulasi
       > Pembolehubah bergerak balas
       > Pembolehubah dimalarkan
  6) Merancang eksperimen
  7) Mengumpul data
  8) Mentafsir data
       > Menyampaikan dan menganalisis data menggunakan jadual,graf atau carta
  9) Membuat kesimpulan
       > Berdasarkan tafsiran data sama ada hipotesis diterima atau ditolak
  10)  Menulis laporan
       > Tujuan eksperimen
       > Pernyataan masalah
       > Hipotesis
       > Pembolehubah
       > Senarai radas dan bahan
       > Prosedur
       > Keputusan/ pemerhatian
       > Perbincangan
       > Kesimpulan

Tuesday 10 April 2012

Pelajar kita kurang dayasaing?...

Tiada Rakyat Malaysia Ke Harvard Dalam Tempoh Dua Tahun Berturut-Turut 
 
KUALA LUMPUR: Untuk tahun kedua berturut-turut, tiada pelajar Malaysia yang mendapat kemasukan ke Universiti Harvard.
Datuk Dr Goh Cheng Teik, yang mengetuai panel pemilihan dan menemuduga pelajar untuk kemasukan mahasiswa ke universiti ini berkata ini disebabkan kemerosotan kualiti pemohon dari Malaysia.

"Saya menghubungi Pejabat Kemasukan Harvard College dan telah diberitahu bahawa walaupun mereka menerima permohonan daripada pelajar-pelajar Malaysia, tiada siapa yang disenarai pendek untuk temuduga kerana mereka dianggap tidak cukup kompetitif," katanya kepada akhbar The Star.

Dr Goh berkata, bekas pelajar SMK Damansara Jaya Avinaash Subramaniam merupakan rakyat Malaysia terakhir yang diterima masuk ke Harvard pada tahun 2010. Avinaash memperolehi 11A dalam SPM 2008 dan telah dianugerahkan biasiswa penuh.

Setiausaha Kehormat Kelab Harvard di Malaysia Nicholas Khaw, yang juga seorang penemuduga dalam panel berkata dari tahun 1985 hingga 2010, sekurang-kurangnya seorang pemohon dari Malaysia telah memasuki Harvard College setiap tahun. (Harvard College ialah sekolah sarjana muda di Universiti Harvard.)
Pada tahun 2009, beliau berkata, dua orang pelajar memperoleh kemasukan ke Harvard.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh panel temuduga, sejumlah 30,489 dan 34,950 permohonan telah diterima oleh Universiti Harvard pada tahun 2010 dan 2011 dengan masing-masing 6.9 peratus dan 6.3 peratus mendapat kemasukan.
Di kalangan negara Asia Tenggara, Singapura mempunyai bilangan tertinggi pelajar di Harvard College dengan 18, diikuti oleh Thailand (tujuh), Vietnam (enam), Malaysia (lima) dan Indonesia (dua).

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab Harvard di Malaysia Wan Nadiah Wan Mohd menggalakkan pelajar Malaysia untuk memohon kemasukan ke universiti. Beliau berkata Universiti Harvard pada tahun ini menganugerahkan biasiswa sebanyak AS$172juta (RM531.48juta) terhadap 60 peratus pelajar yang bakal masuk.Wan Nadiah, yang juga seorang penemuduga berkata pelajar digalakkan memulakan persediaan untuk permohonan ke Harvard sekurang-kurangnya enam bulan sebelum permohonan ditutup.

Tarikh tutup permohonan bagi pengambilan 2013 ialah 1 Januari tahun depan dan maklumat lanjut boleh didapati di http://www.admissions.college.harvard.edu/todays_harvard/index.html